Saturday 24 March 2018

Cepatnya masa berlalu...


Cepatnya masa berlalu ... Dah hampir empat tahun meninggalkan perkhidmatan, bergelar YB (Yang Bersara!). Rasa baru semalam majlis di adakan bagi meraikan persaraanku.

Cepatnya masa berlalu... Dah hampir dua tahun pulang dari Mesir. Alhamdulillah, mampu mengajar Al-Quran kepada beberapa insan berhati mulia yang memerlukan - moga Allah tambah lagi murid2 yang akan jadi saham akhirat. Ameen..

Cepatnya masa berlalu ... hafalan Al-Quran masih di tahap minima. Ya! Allah, permudahkanlah usahaku utk bergelar “Al-Hafeezah”-moga layak dibariskan bersama “Ahlullah” di akhirat nanti.

Seiring dengan pantasnya berlalu masa, begitu juga – saat pulang menghadap-Nya. Diri bimbang tentang bekalan yg dibawa – apakah sudah mencukupi utk perjalanan yg lebih jauh dan mencabar selepas mengucapkan selamat tinggal pada dunia. Namun, hamba yg kerdil ini tidak putus asa dg rahmat-Mu. 

Ya! Allah, bimbinglah hamba agar dapat memanfaatkan baki usia anugerah-Nya dg. sebaik mungkin. Moga pulang bagai dinanti. Ameen...

No comments:

Post a Comment