Wednesday 26 April 2017

Dewasa beriring kebaikan



Orang dewasa perlu lebih behati2 dalam segala pemikiran, perkataan dan perlakuan.
 Kenapa? Ada 2 sebab utama:

1. Mereka susah nak ditegur dan pada setengah2 keadaan, tak akan ditegur oleh org lain, terutama yg lebih muda – mungkin kerana org lain segan, takut atau tak sampai hati nak tegur.

2. Mereka akan jadi contoh tauladan (role model ), pada org lain terutama yg masih muda.

Rupanya, lebih dewasa kita, lebih besar peranan kita...namun lebih banyak kebaikan yg bakal diraih kalau kita selalu sedar, berfikir dan merenung...

Di usia muda, carilah ilmu sebanyaknya supaya di usia dewasa (apatah lagi usia emas)
. kita dapat jadi suri teladan yg baik utk semua. Kita dapat pendapatan pasif dg pahala mengalir ke akaun kita kalau ada org yg ikut kebaikan yg kita  buat atau ajak org lain buat!


 

No comments:

Post a Comment