Saturday 1 April 2017

Dosa itu...



Bila terasa diri berdosa, bersyukurlah kerana itu tanda hati kita masih hidup. Cepat2lah bertaubat kerana maut boleh menjengah BILA2 MASA . Tanpa minta izin, tanpa perlu persetujuan klita. Itu sudah ketentuan-Nya.

Dosa itu adalah sesuatu yg meresahkan jiwa. Namun, jangan biarkan ianya begitu terlalu lama. Sedarlah dg rahmat kasih sayang Allah yg luas, laksana lautan tiada sempadan.

Setelah menyatakan taubat seorang hamba, berjanji sungguh2 tidak akan mengulanginya. Iringilah dengan melaksanakan sebanyak mungkin kebaikan lantaran ianya juga boleh menghapuskan dosa. Itu juga tanda kasih sayang Allah.

Jangan berterusan lemah, putus asa dan sedih. Tak ada gunanya. Membuang masa namanya. Allah bukan macam kita manusia... yg kerap kali – “boleh maaf tapi tak boleh lupa”. Tapi, bagi Allah, akan dimaafkan dan akan dihapuskan dari daftar catitan... malah bertaubat itu juga dianggap sebagai ibadah!

Seorang yg baik,sedikit dosanya akan dianggap besar. Hatinya bersih, laksana satu kanvas putih, tercalit saja sikit warna hitam, akan jelas kelihatannya! Berbeza, kalau org yg berdosa, hatinya dipenuhi titik2 hitam, umpama permukaan hitam, beribu calitan hitam pun, tak akan kelihatan! Dosa baginya, tiada apa2...Na’uzubillahi min zalik!!!

Saat terasa diri berdosa, cepat2 mohon ampun pada-Nya. Namun, yg terbaik ialah mohon ampun sentiasa. Nabi Muhammad saw beristighfar 70 kali (ada yg kata 100 kali) setiap hari, walau pun baginda seorang Rasul yg maksum. Kita?

Siapa yg impikan syurga...semua kita! Namun, fikir seketika...Layakkah kita?
Nabi Adam disingkirkan dari syurga lantaran hanya dosa memakan buah terlarang. Dg hanya satu dosa, dah tak layak berada di syurga. Kita???

Saat Sayyidatina Aisyah  r.a. bila ditanya, apa ingin diminta di malam Lailatul Qadar ialah “Penghapusan dosa”. Cerdik dan bijak begitu. Kenapa? Bila dosa diampunkan, mudahlah nak dapat rahmat Allah utk ke syurga.


Moga Allah sentiasa membimbing kita agar terhindar dari dosa dan sebagai manusia, yg sentiasa membuat silap, saat berdosa, dihidayahkan-Nya agar segera memohon ampunan-Nya...

Peringatan khusus buat  diriku yg sentiasa lupa...

No comments:

Post a Comment