Tuesday 4 April 2017

R & R Di Lebuhraya Kehidupan



Badan kita merupakan anugerah ajaib daripada Allah. Kalau kita dah kerja lebih, dia akan beri signal supaya berhenti. Namun, kadang2 kita degil, bersifat “perfectionist” – mahukan segalanya sempurna. Sempurna? Itu satu istilah yg sgt relatif – boleh juga dikatakan tidak wujud dalam dunia ini lantaran dunia ini penuh dg ketidaksempurnaan. Buatlah semampu daya, bukan di luar kuasa kita. Allah pun tidak membebankan kita dg sesuatu di luar kemampuan kita...

Bila badan dah merintih “tak mampu”, dengarlah. Terimalah hakikat bahawa kita perlu rehat. Perlu berhenti sekejap di R & R - dalam lebuh raya kehidupan.

Saudara2ku...kalau badan dah mohon berhenti, cubalah akur. Kalau tidak, dia akan merajuk. Kita juga akan susah. Bagaimana cara rajuknya? Sakit. Masuk wad. Tak bermaya. Dan pelbagai ketidakselesaan yg bakal kita rasai. Paling serius, terpaksa dimasukkan ke dalam ICU...

Rehat. Itu kadang2 merupakan ubat paling mujarab utk kita. Sebab itu, bagi penjawat awam, diberi peruntukan samada cuti tahunan atau cuti rehat khas (CRK). Ambillah cuti itu bila perlu. Kata seorang kawan:
 “Sayang...nanti kurang pulak ganjaran utk ‘Golden Handshake’!”
Rasnya, tak perlu fikir begitu lantaran kita tak pasti yg mana akan sampai dulu: bersara atau...pusara???

Hargailah kesihatan kerana “kesihatan itu kekayaan!”

No comments:

Post a Comment