Monday 13 March 2017

Nakhoda kapal dan pulau

Seorang nakhoda kapal memberitahu penumpangnya bahawa kapal akan singgah di sebuah pulau. Semua org akan diberi peluang sekali sahaja utk turun. Masa utk setiap org  pula, ada yg sama, ada yg tidak. Ada lama, ada yg sekejap.

Pulau itu cantik. Banyak khazanah menarik utk dimiliki.






" Kumpullah sebanyak yg mampu. Pastikan apa yg dipilih itu berguna utk dibawa balik. Peluang hanya diberi sekali utk setiap org". Pesan nakhoda kepada semua penumpangnya.

Maka bertebaranlah semua meneroka pulau. Memang cantik! Memang menarik! Khazanahnya...oh! Banyak sungguh! 

Jadi, masing2 menikmati peluang yg diberi. Ada yg mengumpul barang berharga yang diperolehi sebanyak mungkin - utk bekalan bila dibawa pulang nanti.

Namun, ada yg hanya leka menikmati kecantikan pulau, sampai terlupa bahawa masa diberi adalah sgt terhad. Pulau itu akan ditinggalkan.

Tiba masanya, setiap org terpaksa meninggalkan pulau tersebut. Ada yg bijak, membawa pelbagai khazanah berharga. Ada yg leka, tak sempat bawa apa2. Ada juga yg sekadar ambil saja apa yg ada  di saat2 akhir. Ada juga yg tertipu dg barangan yg disangka berharga!

Saat menaiki semula kapal utk meninggalkan pulau, pelbagai reaksi, emosi menjadi saksi setiap org yg kembali...

Begitulah hidup kita. 
Hanya sekali.
Tiada peluang utk kembali.
Dunia ini ibarat pulau itu. Satu ketika akan ditinggalkan.
Lantas, berusahalah mencari bekalan agar saat dipanggil pulang, kita tidak kecundang!

No comments:

Post a Comment