Tuesday 28 March 2017

Akurlah Kita Hamba!



Terasa lemah dan putus asa dalam mengejar sesuatu cita2? Kenapa? Apakah ianya mustahil? Kenapa orang lain boleh, kita tak mampu?

Sebenarnya, lemah, kecewa dan putus asa itu merupakan perangkap syaitan. Memang – makhluk ini selama2nya tidak akan senang melihat kita senang (berjaya)!  Selain daripada itu, diri sendiri juga penyumbang kepada rasa lemah ini. 

Justeru bagaimana? Kita rasa lemah dan tak mampu sebab kita menggantungkan segalanya kepada kudrat kita yg tak seberapa, lupa pada Allah Yang Maha Perkasa.

Telusuri sejarah...
Nabi Musa – mampu membelah Laut Merah
Nabi Ibrahim – mampu selamat daripada terbakar walau pun dihumbankan ke dalam unggun api oleh Namrud
Nabi Muhammad s.a.w –  selamat sampai ke Madinah dalam sejarah Hijrah yg agung
Mariam – mampu menggoncangkan pohon korma utk memakan buahnya walau pun dalam kepayahan berskala sgt tinggi, saat baru melahirkan Nabi Isa a.s.

Rahsia keajaiaban2 ini ialah TAWAKAL kepada Allah. Pergantunag sepenuhnya pada kuasa Yang Maha Berkuasa. Sebab? Allah mampu lakukan apa saja.

Jadi, saat diri terasa lemah, berhenti seketika. Ingat semula niat kita dalam melakukan perkara tersebut. Kerana Allah? Ok, seterusnya...Sejauhmanakah pergantungan kita pada Allah?

Kita rasa tak mampu sebenarnya, apabila kita meletakkan segala usaha hanya bersandarkan pada  diri kita yg lemah, seolah2 mengenepikan Allah. Itu sebenar halangannya! Beritahu diri: “Dengan bantuan Allah, insya’-Allah saya akan berjaya!"

Namun, apa pun, sebagai hamba, usaha, kesungguhan, istiqamah perlu beserta dalam usaha kita. Allah boleh beri saja kemenangan pada Nabi Musa dg memusnahkan Firaun dan pengikutnya. Namun, sebagai hamba, Nabi Isa di suruh lari dan belah Laut Merah.
Allah boleh saja musnahkan Namrud dan seleruh pembantunya, namun Allah ingin melihat kegigihan Nabi Ibrahim dalam berdakwah.
Allah boleh saja bawa Nabi Muhammad saw dari mekah ke Madinah, sebagaimana Dia menjalankan baginda ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Namun, sebagai hamba, Ralulullah saw juga perlu berusaha
Allah boleh saja sediakan makanan utk Mariam, saat baru melahirkan Nabi Isa. Namun, usaha perlu dilakukannya . Kenapa? Kerana sifat hamba...

Apa sebenar di sebalik kesemua sejarah ajaib ini? Ya...kita sebagai hamba, perlu berusaha, tidak putus asa dan bergantung pada-Nya. Bantuan akan datang setelah usaha dilaburkan, bukan saat berangan2 atau sekadar mencipta impian!

Sebelum kejayaan boleh dinikmati, Allah ingin lihat sejauh mana kesungguhan kita mengikut sunahnya. Usaha utk berjaya. Namun, atas segalanya, perlu wujud harapan hanya pada-Nya yg mampu menganugerahkan segalanya. 

Bila kita dah letak Allah sebagai penolong, Dia akan menolong kita dg pelbagai cara...kadang2 yg tak pernah terduga oleh kita – Percayalah!

Justeru, saat memulakan satu2 perjuangan, letaklah Allah di hadapan. Mohon bantuan-Nya. Lepas tu...Usaha. Usaha. Usaha. Jangan jemu. Jangan lemah. Jangan putus asa. Berazam, berusaha, berdoa  dan bertawakallah.  


Justeru, untuk berjaya, akui dan akurlah: KITA HAMBA!

No comments:

Post a Comment