Wednesday 15 February 2017

Ibarat Perantau...



Umpama perantau...

Saat melintasi sebuah pondok kecil..ku lihat keadanannya yg serba sederhana. Perabot? Jauh sekali. Yg ada Cuma sekeping tilam usang bersama bantal lusuh, ampaian pakaian yg tak keruan...Dapur yg hanya cukup utk memasak beserta keperluan menghidang makanan yg sangat minima.

Pondok itu letaknya berhampiran kawasan pembinaan. Oh! Penghuninya? Pekerja dari negara seberang yg merantau demi mencari rezeki Tuhan.

Kelihatan dia membanting tulang di bawah terik mentari – mengangkat bata dan simen, kayu, papan, jubin, genting ... sabar, tekun dan gigih. Namun, di wajahnya terbayang ketenangan. Lantaran pengorbanan utk keluarga tersayang – nun jauh di kampung halaman.

Biar pun sukar,  dipaksakan juga diri utk terus mencari rezeki. Kala kesedihan, juga keletihan menyapa, dihiburkan hatinya dg impian memiliki sebuah rumah yg lengap dan selesa, utk didiami bersama keluarga bila sampai masanya nanti. Bila? Ya...bila dah cukup tabungan, akan pulanglah dia penuh keriangan!

Begitulah kita...

Semasa di dunia, juga umpama perantau. Bagaimana sukar sekalipun gelombang hidup yg terpaksa ditempuih, lantaran berusaha utk hidup berteraskan syariat, hidurkanlah hati dg gambaran syurga indah yg bakal menanti saat dipanggil utk pulang nanti – ke pangkuan Ilahi...

Dihiaskan kepada manusia, mencintai syahwat (hawa nafsu), seoerti perempaun2, anak2 dan harta yg banyak dari emas perak dankuda yg bagus, binatang ternak dan tanam2an. Demikian itulah kesukaan hidup di dunia, dan di sisi allahtempat kembali yg sebaik2nya.
Katakanlah: Adakah kamu suka , ku kabarkan kepadanu barang yg lebih baik drp yg demikian? (Iaitu) utk org2 yg bertaqwa di sisi Tuhannya, ada syurga yg mengalir air sungai di bawahnya, sedang mereka itu kekal di dalamnya, dan (lagi) isteri2 yg suci, dan keredaan Allah: dan Allah Maha Melihat segala hamba2Nya. “
(Ali Imran 3: 14 – 15)

No comments:

Post a Comment