Tuesday 21 February 2017

Tips Tetamu Allah



Tahniah! Anda terpilih utk jadi Tetamu Allah – satu anugerah yg tak ternilai haganya! Namun, sebelum ke sana, sebagaimana juga kita ingin kembara keluar negara, malah lebih2 lagi kalau nak ke dua Tanah Suci... Mekah dan Madiunah, menjadi tetamu istimewa...pastikan bersedia, antaranya:

Ilmu...persediaan terpenting. Perlu tahu, jelas dan hayati setiap manasik Haji atau Umrah. Ini kerana, kita ke sana dalam satu tempoh yg sgt terhad. Amat rugi kalau tiada bekalan ilmu. Paling membimbangkan, kita mungkin akan ditegur oleh jemaah dari negara lain yg mengikut mazhab berbeza. Kalau ilmu tak mantap, kita akan diserang perasaan ragu2. Kita juga kadang2 akan rasa pelik dg amalan mereka. Jadi, pastikan ILMU...ILMU...ILMU – cukup sebelum ke sana.

Persediaan fizikal – badan perlu sihat. Haji dan umrah menuntut  banyak pengorbanan tenaga, selain kos dan masa. Jgn sampai kita ke sana dalam keadaan kesihatan yg membimbangkan – diri sendiri dan org lain.

Pilih pakej yg dipercayai. Elok juga kalau diminta testimoni drp rakan2/ahli keluarga yg biasa ke sana, utk buat pilihan. Jgn tergoda dg kos yg murah di luar dugaan – risikonya tinggi. Mungkin ada yg cuba mengambil kesempatan atas nama agama..menipu jemaah – nau’zubillah! Tapi, ini realitinya. Kalau pun tidak ditipu, mungkin penginapan sgt jauh dan pelbagai kesulitan yg bakal dihadapi. Jadi, perlu berhati2 dg pakej yg dipilih.


Bersambung...Insya'-Allah

No comments:

Post a Comment