Wednesday 8 February 2017

Pos Klinikal Penyeliaan Praktikum

Khusus untuk pensyarah2 IPG...atau lain2 institusi pendidikan yg menyelia praktikum (Latihan Mengajar)

 Saya ingin kongsikan pengalaman yg diharap dapat membantu - khususnya semasa sesi perbincangan (selepas selepas sesi P&P):

Mula2 jadi pensyarah dulu, tak pasti apa nak buat! Tapi, selepas 20 tahun menyelia praktikum di beberapa buah negeri (Pahang, Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu),di pelbagai jenis sekolah, berikut antara perkara yg boleh kita amalkan saat perbincangan di waktu akhir penyeliaan klinikal...di mana, biasanya masa ini kita bersama mereka di bilik khas (perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik guru dll)...

1. Minta guru pelatih (GP) sendiri menyatakan kekuatan pengajarannya sebentar tadi. Ya! Fokus dulu pada kekuatan, perkara2 positif yg telah ditonjolkan. Kenapa? Ini boleh memotivasikan mereka. Bukan senang nak mengajar - bermula dg penyediaan RPH, ABM dan seterusnya pelaksanaan P&P, apatah lagi apabial diselia!

2. Minta GP nyatakan masalah yg dihadapi/perkara di luar dugaan, kelemahan2nya.

3. Minta GP cadnagkan kaedah penambahbaikan/mengatasi masalah/kelemahan.

Cuba cara ini. Kenapa perlu GP yg beri semua? Ya...ini sebenarnya lebih baik drp kita yg memberi segala cadangan. Sebab? Ianya lebih berkesan.  Kita akan terpegun mendapati mereka menyenaraikan hampir kesemua komenyg kita dah tulis dalam Borang Penyeliaan! Lagi pun, kalau mereka sendiri yg mengutarakan idea2 tersebut, ianya lebih kekal dlm ingatan mereka. Juga menyedarkan mereka bahawa mereka juga bertanggung jawab ke arah memperbaiki potensi diri ke arah menjadi guru yang berjaya.

Setelah GP memberi segala jawapan pada 3 perkara di atas, barulah kita tambah apa yg perlu. Bermula dengan kekuatan, seterusnya kelemahan dan kaedah penambahbaikan.

Selaijn daripada mengelakkan stres keduabelah pihak (penyelia juga, terutamanya yg baharu bermula tugas sebagai pensyarah kadang2 stres!), kaedah ini juga memberi keyakinan kepada GP utk meluahkan apa yg ada di fikirannya. Juga, apabila dia sendiri yg menyatakan/menyedari akan kelemahannya, itu lebih baik kan? Daripada kita saja yg sellau memberi komen!

SELAMAT MENYELIA! 

Arkitek membina bangunan
Jurutera membina jambatan
Guru...membina generasi...

No comments:

Post a Comment