Tuesday 21 February 2017

Kembara Al-Hafeezah



Saat terasa sukar untuk menghafal…kadang2 terlintas dalam fikiran – susahnya! Pedulikan gangguan itu! Kalau bukan kerana nafsu yg sukakan kesenangan, mungkin syaitan yg menggoda, sebagaimana janjinya sejak dihalau ke dunia lantaran ingkar pada perintah Allah yg memerintahnya sujud pada Nabi Adam.

Lantas, apa yg perlu dilakukan? Teruska…teruskan…teruskan saja. Akhirnya, dg mujahadah, kita akan menang! Satu demi satu Allah akan permudahkan! 

Cuba hafal, tapi lupa? Apa nak susah? Teruskan saja, jgn sekali2 putus asa! Ada org mudah saja hafal lirik2 lagu yg tak difahami langsung (contohnya Hindustan!). Ianya mudah lantaran tidak bertentangan dg nafsu, dg kehendak syaitan! Tapi, apa nilainya di sisi Allah? Mampukah ia jadi saham akhirat?

Kalau ayat2 suci Al-Quran, teruskan hafalan – sesukar mana pun ia. Bayangkan saat betemu Allah, kalau kita mampu penuhi dada dg kalam suci-Nya…Tentu indah…

Kembara Al-Hafeezah – cabaran hebat, dugaan berat..namun, kejayaan wujud di sepanjang perjalanan – apatah lagi, di hujung jalan nanti…saat dipanggil menghadap Ilahi…

2 comments:

  1. Insyaa Allah CheRah..Moga dikurnia istiqamah dalam kembara Al-Hafeezah & menggapai kebahagiaan berganda di dunia jua akhirat.. Aminnnn..

    ReplyDelete